Pejabat PAROL Pedalaman, Keningau adalah salah sebuah pejabat di bahagian parol Jabatan Penjara Malaysia, Negeri Sabah yang bertanggungjawab keatas pemantauan dan seliaan orang diparol melalui darat. Pejabat ini juga adalah di bawah kuasa Pegawai Parol Daerah Bahagian Pedalaman seperti yang digambarkan di dalam Carta Organisasi pada Rajah 1 di bawah.
Pejabat PAROL Pedalaman, Keningau dianggotai seramai 09 orang kakitangan perkhidmatan parol yang terdiri daripada seorang Ketua Inspektor Penjara Gred KX 32 selaku Ketua Pejabat, seorang timbalan Penolong Pegawai Parol Daerah Gred KX 27, 01 orang Pegawai Keselamatan Gred KX 22, 02 orang Penolong Pegawai Keselamatan Gred KX 20 dan 06 orang Pembantu Pegawai Parol Gred KX 17. Pejabat ini beroperasi selama 24 jam dan dibahagikan kepada dua kumpulan mengikut jadual tugas yang telah disediakan.
No comments:
Post a Comment